Percayakan anda jika saya mengatakan salah seorang moyang saya merupakan harimau jadian.. namanya di kenali sebagai Yang Coyot. Oohh... ini tiada kaitan dengan cerita terbaru Suhaimi Baba; Pewaris Jari Hantu... dan Yang Coyot itu menghilang dan tiada di ketahui kuburannya..
Percayakan anda jika saya mengatakan yang nenek saya ada membela hantu raya? Percayakan anda jika saya mengatakan yang nenek saya yang seorang lagi merupakan guru mengaji al-quran... yaaaaa... sedikit kontra di sini mengenai 2 besan...
Percayakan anda jika saya mengatakan bahawa ketika saya berusia 4 tahun saya pernah bermimpi kakak saya & abg ipar saya melakukan adegan romatika de amour.. (huh bulat mata anda!!)Ketika itu saya pasti mereka masih bertunang dan tak lama selepas itu mereka kawen... maka dia kala saya bermimpi itu saya masih budak hingusan... saya berasa amat marah dengan abang ipar saya sebab saya sangkakan itu adalah perbuatan jahat seperti memukul...
ooo.. jgn tanya detail apa yang saya mimpikan
Percayakah anda jika saya ceritakan bahawa saya pernah di serang histeria di hari perkahwinan kakak saya.. yang pastinya saya tidak sedar perkara itu berlaku.. yang saya ingat.. saya nampak wajah ayah saya cuba mengangkat saya dari dalam longkang rumah... saya masih ingat mulutnya terkumat-kamit seperti membaca sesuatu.. lepas itu saya rasa saya collapse lalu tidur dengan lena.. mungkin kerana sudah kehilangan tenaga...
Yaaa... setakat itu sahaja buat hari ini... Jangan jadikan kehidupan and di selubingi misteri... zasssssssss.....
Percayakah Anda?
Saturday, June 09, 2007By Nadia at 11:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cheers!!:
Post a Comment