AIMIANS Iftar Gathering!!

Monday, October 01, 2007

Last weekend.. we had iftar gathering for ex-aimians (96/98). Memandangkan ini pot luck style, so I cooked White Sauce Mushroom Pasta, Sagu Gula Melaka & Chicken Wing. Here are the recipes to share:

Kepak ayam
Bawang besar, bawang putih, halia, cili boh, kunyit - kisar sekali
Garam secukup rasa

- Gaul sumer then goreng..


Sagu Gula Melaka

Bahan A
Sagu mutiara
Daun Pandan
Air

Bahan B
Santan
Secubit Garam

Bahan C
Gula Melaka
Air

Masak Bahan A hingga kesemua sagu kembang. Kacau sentiasa. Jangan sampai terlalu pekat.. sebab nanti bila dah sejuk sagu akan memejal.

Masak Bahan B... kacau santan hingga mendidih.. guna api yg perlahan.. keep mengacau sampai santan masak .. kalau tak nanti pecah minyak..

Masak Bahan C hingga gula melaka larut.

Siap untuk dihidang


White Sauce Mushroom Pasta

Bahan A
Pasta

Bahan B
Cendawan butang
Sosej
Stok ikan bilis/ayam
Susu segar
2 sudu kecil tepung
Mentega
Garam secukup rasa
Lada sulah
Keju parmesan

-Masak pasta sampai empuk or al-dante kata omputih..., tapis then masukkan dalam mangkuk yg besar
- Cairkan mentege, Goreng sosej & Cendawan, angkat dan taburkan dalam mangkuk pasta
- Mentega yg sama, masukkan tepung, susu, stok ikan bilis/ayam. Kacau hingga rasa tepung hilang dan sos memekat
- masukkan garam dan lada sulah..
- Tuangkan dalam mangkuk pasta... gaulkan bersama pasta, cendawan & sosej goreng dan keju parmesan
- Siap untuk di hidang.. nak nampak menarik tabur la sket daun sup.




Gambar takde.. sebab memasing sumer syok mengadap makanan & syok bersembang

7 cheers!!:

Anonymous said...

white pasta yang yummy!!!! nyum.. nyum... thanks for publishing the recipe darl!

Nadia said...

azell care to share your nasi kerabu recipe yg yummylicious itu?

Diah said...

order 1 bley? :P

mommy@lif said...

iftar ngan x-netops bila plak? :p

Nadia said...

bdp: you nak order apa? boleh aja.. rumah you dekat SA je kan?

mommyalif: uik bukan kau kitorg lantik as organizer ke.. kikiki.. buat la before raya...

NJ said...

wil try dat white mushroom pasta, yeayy!!!

Nadia said...

qist: sila sila...