Another family secret recipe revealed...!! Eceh!!!
Satay (Sate?)Goreng
1/2 kilo daging or isi ayam dipotong 1/2 inci
Bahan Kisar
2 labu bawang besar yg sederhana besar.. kalau bawang besar yang BESAR.. sebiji je la..
3 - 4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
2 - 3 batang serai yang di potong kecil
Di goreng tanpa minyak hingga naik bau
2 sudu kecil Serbuk jintan manis
2 sudu kecil Serbuk Ketumbar
sedikit garam & gula
Masukkan bahan yang dikisar bersama serbuk jintan manis & ketumbar yang sudah digoreng. masukkan sedikit garam & gula. Rempah sepatutnya manis not masin. Sebelum masukkan daging or ayam, rasa dulu rempah mengikut kesesuaian masing-masing. Dah puas hati? Masukkan daging/ayam tadi. Gaul bersama. Kalau boleh perap semalaman (masuk dalam peti sejuk).... kasik dia MESRAAAA....
Next is how to menggoreng..
Masukkan satay yang diperap tadi tu.. everything.. semua.. termasuk saki baki rempah dan air daging tu dalam kuali.... rebus (?) satay sampai air & rempah mengering. Kalau daging kurang empuk boleh tambah air sikit dan masak sampai empuk.. tapi rasanya tu tak jadi masalah sebab buah keras should be an agent yang boleh melembutkan daging...
Bila rempah & air dah kering .. masukkan minyak untuk menggoreng.. samapi agak-agak daging tu masak dan sedikit garing..
Hidangkan bersama kuah kacang+nasi impit+timun....nyum!!!
Oh ya.. satay tu sebenarnya boleh juga di buat satay cucuk + bakar... kalau ada tukang cucuk & tukang bakar la...
Because I Owe Lana...
Wednesday, November 07, 2007Ni gambar pinjam from kelthruzad.fotopages.com. Lebih kurang la rupanya.. Only mine sedikit gelap la kot sebab ada rempah..!
By Nadia at 9:46 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cheers!!:
Post a Comment